KOMUNITI KELAB MUAYTHAI TEDUNG MERAH
Monday, November 25, 2013
Perhatian kepada Jawatankuasa Induk RCMC dan seluruh ahli, Mengikut minit mesyuarat dan perlembagaan yang telah diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Induk serta ahlinya sebelum ini, Terdapat sedikit perubahan terhadap struktur pengurusan kelab iaitu Ahli Jawatankuasa Induk yang diperlukan hanya seramai 7 orang sahaja, Oleh itu terdapat pengguguran Ahli Jawatankuasa Induk dari senarai terdahulu dan Alamat berdaftar, operasi dan surat menyurat di Taman Pokok Mangga telah dibubarkan atas kehendak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia kepada 82 Lorong Tun Mamat 2, Kampung Morten, 75300 Melaka Tengah, Melaka. Harap maklum.
Wednesday, November 20, 2013
Kelab Muay Thai Tedung Merah
RASIONAL PENUBUHAN
Penubuhan ini merupakan sebahagian aktiviti belia sebagai supaya ahli kelab
ini peka terhadap keselamatan diri dan kemahiran seni mempertahankan diri tomoi.
Walau bagaimanapun,cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan Pelatih-pelatih yang terlibat supaya dapat menguasai kemahiran
ini. Justeru itu, penubuhan kelab ke arah melahirkan generasi yang memiliki
jati diricemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial sesuai dengan kehendak Negara. Semua ini
memerlukan ahli yang berperaturan dan beradab dalam merealisasikan hasrat murni ini
agar dapat menyumbang kepada keselamatan diri sendiri dan masyarakat.
Pembelajaran Seni ini juga bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program belia serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh
dan berterusan supaya output yang dihasilkan
berupaya memenuhi kehendak ahli. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif pihak
yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat ini agar memenuhi
kehendak Negara. Sesungguhnya, penubuhan kelab belia yang
berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun
ia mengambil masa yang lama.
MATLAMAT PENUBUHAN
Penubuhan ini adalah merupakan suatu usaha untuk memupuk semangat jati diri yang teguh,
kekuatan mental yang tinggi serta keberanian dikalangan pelatih-pelatih.
Dalam kata lain, ia juga dapat menjati
dirikan pelatih sebagai pemimpin di sekeliling. Disamping itu, penubuhan ini
juga bermatlamat dalam membina suatu
golongan pelatih-pelatih yang beriman, berpengetahuan,bersahsiah mulia,
berdaya tahan, berkemahiran menguruskan diri,
masa, masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran mendatang dengan tabah dan
jaya. Matlamat penubuhan kelab tomoi ini adalah untuk memberi pendedahan
tentang seni bela diri tomoi yang mempunyai teknik tersendiri menentang musuh. Pelatih yang berbakat dalam seni ini akan
dihantar ke pertandingan anjuran tempatan / antarabangsa supaya dapat meneruskan kesinambungan dalam
mempelajari sukan ini dengan lebih mendalam lagi seterusnya menjadi pelapis baru
bagi kelab ini.
OBJEKTIF PENUBUHAN
• Melahirkan
suatu generasi kepimpinan yang berwawasan dalam memimpin belia masa hadapan dengan kepentingan mempelajari seni mempertahankan
diri tomoi.
• Memberikan kefahaman kepada para
pelatih terhadap semangat
jati diri yang teguh serta kekuatan mental dan dapat memberi sumbangan mereka
sebagai seorang pemimpin serta tanggungjawab
yang diamanahkan.
• Memberi kemahiran kepada para pelatih dalam mempelajari seni mempertahankan diri tomoi dan dapat menyumbang kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara.
• Mengurus diri dan masa sebagai seorang pemimpin dan pelatih seterusnya mengetahui apakah sumbangan mereka kepada negara.
• Supaya dapat mengenalpasti
bakat pelatih-pelatih dalam seni mempertahankan diri Tomoi dan meneruskan kesinambungan kelab ini.
Tuesday, November 19, 2013
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan Kelab Muay Thai Tedung Merah Bil 1/2013 Negeri Melaka
Minit Mesyuarat Jawatankuasa
Penubuhan Kelab Muay Thai Tedung Merah Bil 1/2013
Negeri Melaka
Tarikh: 6 Oktober 2013Penubuhan Kelab Muay Thai Tedung Merah Bil 1/2013
Negeri Melaka
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Padang Permainan, Taman Pokok Mangga, Melaka.
Yang Hadir:
1. Makhtar bin Ahmad
2. Narulnizam Bin Abu Bakar
3. Muhammad Azmil Bin Ishak
4. Mohd FaridBin Md Sap
5. Muhammad Zamani Bin Ozman
6. Abdul Rashid Bin Abdul Rahman
7. Hilmi Bin A Abdul Mutalif
8. Mohd Ridzuan Bin Jaafar
9. Shamsulariffin Bin Dollah
10. Mohd Muzammir Bin Omar
11. Muhammad Alief Bin Suliman
12. Mohd Shahrizan Bin Mustafa
13. Law Vee Cent
14. Muhammad Kamarul Arif Bin Md Lela
15. Indra Norshafika Bin Rahmat
16. Khairul Firdaus Bin Daut
17. Mohd Hanif Bin Zainudin
18. Mohd Shaqir Bin Samsul Kaha
19. Hazlan Bin Hamdan
20. Muhamad Amir Bin Ma’an
21. Muhammad Amir Bin Che Mat
22. Muhammad Shahmil Bin Ramli
Tidak hadir dengan maaf:
1. Mohamad Hanim Bin Salim
1.0 Ucapan Presiden
1.1 Presiden mengalu-alukan kehadiran semua. Presiden mencadangkan agar diadakan mesyuarat jawatankuasa penaja untuk penubuhan Kelab Muay Thai Tedung Merah di Negeri Melaka agar dapat mengadakan aktiviti kesukanan Muay Thai yang memberi kebaikan kepada ahli dan masyarakat serta mengurangkan gejala tidak sihat belia.
Tindakan : Presiden
2.0 Persetujuan menubuhkan Kelab
2.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Muay Thai Tedung Merah yang bertujuan untuk membangunkan Sukan Muay Thai di Negeri Melaka dan segala objektif dan matlamat yang terkandung didalam perlembagaan kelab.
Tindakan : Makluman
3.0 Meluluskan Nama Kelab
3.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan kelab ini dengan nama Kelab Muay Thai Tedung Merah – RCMC.
Tindakan : Makluman
4.0 Meluluskan alamat tempat urusan dan alamat pos
4.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih alamat urusan di 298 Kampung Pantai Mek Mas Badang 15350 Kota Bharu, Kelantan dan alamat pos bagi kelab ini di No 3 Jalan Pokok Mangga 10, Taman Pokok Mangga 75250 Melaka.
Tindakan : Timbalan Presiden
5.0 Meluluskan perlembagaan dan kaedah-kaedah kelab
5.1 Mesyuarat telah membentangkan perlembagaan kelab dan sebulat suara bersetuju dengan segala kandungan perlembagaan tersebut.
Tindakan : Makluman
6.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja
6.1 Ahli – ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih adalah seperti berikut :
i) Presiden : En. Mohd Muzammir Bin Omar
ii) Timbalan
Presiden : En. Law Vee Cent
iii) Naib Presiden : En. Hilmi Bin Abdul Mutalif
iv) Setiausaha : En. Narulnizam Bin Abu Bakar
v) Penolong
Setiausaha : En. Shamsulariffin Bin
Dollah
v) Bendahari : Mohd Ezri Bin Mohd Ali
vi) Ahli
Jawatankuasa : En. Mohd Shahrizan Mustafa
En.
Mohd Hanif Bin Zainudin
En.
Khairul Firdaus Bin Daut
En.
Mohd Ridzuan Bin Jaafar
En.
Hanim Bin Salim
vii) Juruaudit Dalaman :
En. Makhtar Bin Ahmad
Tindakan : Makluman
7.0 Pengesahan minit mesyuarat
7.1 Minit Mesyuarat Bil 1/2013 disahkan oleh Presiden.
Tindakan : Presiden
Pencatat minit:
T.T
-----------------------------------------------------------
(ENCIK NARULNIZAM BIN ABU BAKAR)
Setiausaha Penaja Kelab Muay Thai Tedung Merah – RCMC
Minit Disahkan Oleh:
T.T
-------------------------------------------------------------------------------------
(ENCIK MOHD MUZAMMIR BIN OMAR)
Presiden Penaja Kelab Muay Thai Tedung Merah – RCMC
Subscribe to:
Posts (Atom)