KOMUNITI KELAB MUAYTHAI TEDUNG MERAH

Wednesday, November 20, 2013

Kelab Muay Thai Tedung Merah

RASIONAL PENUBUHAN

Penubuhan ini merupakan sebahagian aktiviti belia sebagai supaya ahli kelab ini peka terhadap keselamatan diri dan kemahiran seni mempertahankan diri tomoi. Walau bagaimanapun,cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan Pelatih-pelatih yang terlibat supaya dapat menguasai kemahiran ini. Justeru itu, penubuhan kelab ke arah melahirkan generasi yang memiliki jati diricemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial sesuai dengan kehendak  Negara. Semua ini memerlukan ahli yang berperaturan dan beradab dalam merealisasikan hasrat murni ini agar dapat menyumbang kepada keselamatan diri sendiri dan masyarakat. Pembelajaran Seni ini juga bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program belia serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak ahli. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif  pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat ini agar memenuhi kehendak Negara. Sesungguhnya, penubuhan kelab belia yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang lama.

MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan ini adalah merupakan suatu usaha untuk memupuk semangat jati diri yang teguh, kekuatan mental yang tinggi serta keberanian dikalangan pelatih-pelatih. Dalam kata lain, ia juga dapat menjati dirikan pelatih sebagai pemimpin di sekeliling. Disamping itu, penubuhan ini juga bermatlamat dalam membina suatu golongan pelatih-pelatih yang beriman, berpengetahuan,bersahsiah mulia, berdaya tahan, berkemahiran menguruskan diri, masa, masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran mendatang dengan tabah dan jaya. Matlamat penubuhan kelab tomoi ini adalah untuk memberi pendedahan tentang seni bela diri tomoi yang mempunyai teknik tersendiri menentang musuh. Pelatih yang berbakat dalam seni ini akan dihantar ke pertandingan anjuran tempatan / antarabangsa supaya dapat meneruskan kesinambungan dalam mempelajari sukan ini dengan lebih mendalam lagi seterusnya menjadi pelapis baru bagi kelab ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Melahirkan suatu generasi kepimpinan yang berwawasan dalam memimpin belia masa hadapan dengan kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri tomoi.
 
Memberikan kefahaman kepada para pelatih terhadap semangat jati diri yang teguh serta kekuatan mental dan dapat memberi sumbangan mereka sebagai seorang pemimpin serta tanggungjawab yang diamanahkan.
 
Memberi kemahiran kepada para pelatih dalam mempelajari seni mempertahankan diri tomoi dan dapat menyumbang kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
 
Mengurus diri dan masa sebagai seorang pemimpin dan pelatih seterusnya mengetahui apakah sumbangan mereka kepada negara.

Supaya dapat mengenalpasti bakat pelatih-pelatih dalam seni mempertahankan diri Tomoi dan meneruskan kesinambungan  kelab ini.

1 comment:

  1. Kg saya tiada Kelab Tomoi moga satu hari ada Guru ,datang duduk kampung saya ,Kg Bendang Raja Kuala Nerang.

    ReplyDelete

BERITA SEMASA

PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU SECARA ONLINE

Nama :
Alamat :
Umur :
Pekerjaan :
No. Telefon :
Emel :

This online form was provided by Freedback.